Airin mula meminati Faizal sejak Konsert Prelude lagi. Sebelum itu, memang rancang tak nak minat bintang AF lagi. Penat tau. Namun, entah kenapa, bila tengok Faizal "perform" dalam konsert itu, timbul pulak minat pada dia sehingga hari ini. Sepanjang meminati Faizal, selaku "Juara", perjalanan kariernya bukanlah mudah seperti juara-juara AF yang lain. Entah tidak tau di manakah silapnya. Namun, bukan salah Faizal kerana Faizal "diperkenalkan" di saat-saat orang lebih sibuk dengan "world cup", "perkahwinan Datuk Siti" dan "Mawi Ina". Semua ini sedikit sebanyak menenggelamkan bukan setakat Faizal, malahan semua bintang AF4. Di samping itu, warga kerja AF4 semacam "ketandusan idea" dan seolah-olah tidak mempunyai "initiatif" untuk mempromosikan AF4 seperti mana hebatnya promosi yang mereka lakukan untuk AF1, AF2 dan AF3.
Selepas sahaja Faizal dinobatkan sebagai Juara, mulalah orang sibuk membandingkan Faizal dengan Mawi. Persoalan yang sering di timbulkan "adakah Faizal mampu mengugat populariti Mawi?" Namun, Faizal tetap tenang tiap kali pihak media ajukan persoalan begitu. Faizal dengan "senyum sokmo" sering mengatakan "mawi adalah mawi, saya adalah saya". Sebenarnya, tidak dinafikan kehadiran mawi adalah satu fenomena. Mungkin sudah tertulis rezeki mawi macam itu; populariti yang mendadak. Mungkin Allah telah menetapkan rezeki yang berbeza untuk Faizal; meraih populariti secara perlahan. Perjalanan karier seni Faizal bukanlah mudah seperti juara-juara yang sebelumnya. Ramai orang tidak yakin akan keupayaan dan bakat yang ada pada Faizal. Di tambah lagi dengan publisiti yang "kurang" dari pihak-pihak tertentu seolah-olah menenggelamkan Faizal . Pada ketika itulah, orang mula "berbisik" sesama sendiri yang Faizal ni "artis suam-suam kuku". Di saat itu lah, FFC (Faizal Fan Club) tampil kehadapan dan berusaha dengan keras untuk mempromosikan Faizal baik secara berkumpulan maupun secara persendirian. Di sebabkan "promosi hebat" daripada FFC secara keseluruhan, Faizal berjaya "ditonjolkan" sehingga menarik perhatian pihak media untuk "mengenali" Faizal dengan lebih dekat.
Memang diakui Faizal kurang "publisiti" baik dari segi majalah maupun suratkhabar, namun setiap kali ada "cerita" mengenai Faizal, kebanyakkannya menyentuh mengenai karier Faizal. Selain daripada itu, adalah juga "cerita" yang lain tapi taklah banyak. Ada pihak media mengatakan, disebabkan Faizal tidak ada "cerita sensasi", sebab itu wartawan kurang memberikan perhatian pada Faizal. Secara jujur, kalau boleh, Airin nak Faizal lebih popular kerana "bakat" dan bukannya "gosip". Alhamdulillah, setakat ini, Faizal "bersih" dari "gossip" dan "kontroversi". Harap ianya akan kekal begitu. Airin rasa, peminat Faizal tidak perlu risau kerana Faizal memang pandai "jaga diri".
Sepanjang tahun 2006 (walaupun hanya 4 bulan), boleh nampak perubahan yang "positif" daripada Faizal baik dari segi "persembahan", "penampilan", "komunikasi" dan juga "hubungan dengan pihak media". Pihak media juga nampaknya telah memberikan "perhatian yang lebih sedikit" pada Faizal. Harap-harap sokongan daripada pihak media kepada Faizal akan tetap berterusan dari masa ke semasa. Biarpun begitu, Faizal tidak seharusnya "leka" kerana masih banyak lagi yang Faizal perlu pelajari dan perbaiki. Airin harap Faizal akan terus perbaiki kelemahan terutama sekali dalam "penampilan" dan "komunikasi" dan juga "menunjukkan peningkatan" dalam setiap "persembahan".
Akhir sekali, Airin harap untuk tahun 2007 ini, Faizal akan lebih "berjaya" dalam bidang seni dan lebih ramai lagi yang akan "menyedari" akan kebolehan dan bakat yang ada pada Faizal. Harapan Airin agar tahun 2007 adalah tahun bagi Faizal untuk menunjukkan pada semua siapa Faizal yang sebenarnya seperti tajuk lagu Faizal..."LIHATLAH"
Senyum Sokmo lah