
Hari ini dapat juga tengok DSS AF4 tapi sudah semestinya fokus hanya pada Faizal. Bila tengok Faizal dalam DSS, memang ketara Faizal masih lagi malu-malu dan "stail" Faizal agak "simple". Kalau nak bandingkan Faizal dengan rakan-rakan dia yang lain dalam DSS, memang ketara rakan-rakan Faizal lebih "stylo". Namun. DSS itu dirakamkan sebelum Bulan Ramadhan. That's History. Fokus utama ialah sekarang, lebih-lebih lagi di tahun baru 2007. Setakat ini, Faizal telah menunjukkan peningkatan yang positif. Harap-harap Faizal takkan berhenti setakat itu kerana banyak lagi yang Faizal perlu perbaiki dan pelajari. Apa-apa pun, Airin ingin mengucapkan "selamat berjaya" buat Faizal dalam bidang seni ini dan semoga tahun 2007 akan menjanjikan tahun yang "manis" buat Faizal.
Senyum Sokmo lah
No comments:
Post a Comment