
Sunday, December 31, 2006
ABPBH...HARAP ADALAH REZEKI FAIZAL

Saturday, December 30, 2006
AF KEMBALI...FAIZAL TETAP DI HATI

UCAPAN SELAMAT DARI AIRIN
"SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA"...Semoga kita akan sentiasa di lindungi Allah dan apa jua yang kita lakukan akan diberkati. Amin!
Selain daripada itu, di kesempatan ini, Airin ingin juga nak ucapkan...
"SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2007"...Semoga apa yang di impikan akan tercapai. Kalau ada azam 2006 yang belum tercapai, tak salah kalau di tunaikan di tahun 2007.
Satu perkara yang tak boleh lupa...
SENYUM SOKMO LAH
Sunday, December 10, 2006
HARAP FAIZAL TIDAK CEPAT MELATAH

Akhirnya keluar jugak gosip mengenai Faizal yang kononnya Faizal sedang bercinta. Sebagai artis, Faizal memang tidak boleh elak daripada gosip-gosip macam ini. Sama ada gosip itu betul ataupun tidak, jawapannya hanya ada pada Faizal. Lagipun, itu hak Faizal. Faizal juga perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Yang penting, Faizal takkan lupa tanggungjawap dia sebagai artis dan janji dia pada peminat dia. Bukan senang nak jaga hati peminat. Walauapapun, Airin harap Faizal takkan cepat melatah apabila keluar gosip-gosip begini. Adakalanya "berdiam diri" lebih baik.
Cerita penuh, Sila klik di bawah.
http://faizalfc.net/club/index.php?option=com_joomlaboard&func=view&id=15751&catid=17#15751
Senyum Sokmo lah
FAIZAL MEETS "HIS" DEALOVA

GOOD LUCK FAIZAL!!!
FAIZAL KONTROVERSI???

- Tun Mahathir
- Pak Lah
- Datuk K
- KJ
- Ayah Pin
- Dr. Sheikh Muzapha
- Mawi
- Faizal (AF4)
- Amy (search)
- Yusri (KRU)
- Allahyarham Hani Mohsin
Senyum Sokmo lah
Friday, December 08, 2006
FAIZAL BUKAN PRODUK YANG GAGAL

Namun, yang pasti Airin bangga kerana Faizal mampu mengendalikan konsert yang besar bersama dengan Farhan. Bukan senang bagi artis yang baru seperti Faizal dan Farhan diberikan kepercayaan untuk mengendalikan konsert besar seperti itu. Tahniah Airin ucapkan. Walaupun ada beberapa kekurangan dan kelemahan, anggaplah ia sebagai salah satu dari proses pembelajaran untuk menjadi seorang penghibur yang berjaya.
Airin agak terkilan bila ada yang mengatakan Faizal produk yang gagal. Namun, Airin berterima kasih kepada Ramli Sarip kerana membela Faizal. Memang betul apa yang dikatakan oleh Ramli Sarip. Kejayaan seseorang artis itu tidak boleh diukur dalam masa yang singkat. Sedangkan Datuk Siti Nurhaliza juga ambil masa setahun untuk dikenali seperti hari ini itupun selepas beliau memenangi Juara Lagu. Faizal baru sahaja keluar daripada AF selama 4 bulan. Jangan terlalu cepat “label” Faizal sebagai produk yang gagal. Sekurang-kurangnya tunggulah sehingga album pertama Faizal dikeluarkan. Jika sebelum ini ramai dikalangan wartawan yang memberikan komen yang positif terhadap album kompilasi Faizal, Insyaallah, album pertama Faizal akan menjadi suatu yang boleh dibanggakan. Yang penting, kita seharusnya memberi sedikit masa lagi untuk Faizal membuktikan bakat yang dia ada. Airin yakin Faizal tidak akan mengecewakan semua peminatnya.
Senyum sokmo lah
(Gambar atas: Credit to Mamaqueen, FFC. Thanks a Lot. Really Love the picture)
Wednesday, December 06, 2006
FAIZAL KE BRUNEI
Faizal ada beritahu yang dia akan datang ke Brunei pada hujung bulan Disember ini. Cuma tidak diberitahu lebih terperinci. Kalau nak di ikutkan, di Brunei belum pulak di hebohkan. Walau apapun, kalau benarlah Faizal akan singgah ke Brunei, airin ingin mengucapkan "Selamat Datang" and "Welcome" to Brunei, The Abode of Peace. Airin dan semua peminat Faizal di Brunei pasti takkan sabar untuk berjumpa dengan Faizal.
Senyum Sokmo lah
Monday, December 04, 2006
CARTA ERA YANG TIDAK MENENTU
Satu perkara yang Airin langsung tak paham. Kenapa kedudukan lagu Faizal, "LIHATLAH" sentiasa saja berubah. Kejap naik kejap turun. Kalau lagu tu jatuh satu atau dua anak tangga, tak apa lah juga, tapi ini sampai 10 anak tangga!!! Heran. Dimana kah silap nya? Rasanya semua peminat Faizal dah berabis undi pakai sms dan juga kat web era. Sekali lagi nak tanya, dimana kah silapnya? Carta era ni macam main-main pulak. Tak baguslah macam ni.Tengok! sampai Faizal pun blur, tak paham. (Tengok gambar atas)
TAHNIAH FAIZAL!!!
Airin ingin mengucapkan TAHNIAH pada Faizal kerana terpilih sebagai Artis Baru Paling Popular anjuran Majalah URS. Semoga kemenangan ini menjadi satu titik pemulaan bagi Faizal untuk memenangi anugerah-anugerah yang lain. Yang penting, teruskan usaha Faizal untuk terus perbaiki setiap kelemahan, jangan hampakan peminat dan jangan lupa diri.
Semoga berjaya nanti kat Anugerah Bintang Popular
Senyum sokmo lah
Saturday, December 02, 2006
FAIZAL PERLU LEBIH PERIHATIN
Secara peribadi, airin rasa Faizal amat memerlukan perunding imej yang dapat membentuk imej Faizal agar sesuai dengan peribadi dan juga umur Faizal. Namun, Faizal kena juga perihatin agar penampilan diri sentiasa nampak segar dan memikat. Ini kerana peminat boleh ingat apa jua “wardrobe” yang Faizal pakai. Jadi, peminat boleh tahu kalau “wardrobe” itu adalah “siaran ulangan”. Bukan niat airin ingin memburukkan Faizal, tapi ini adalah demi kebaikan Faizal jua. Apakata setiap kali selepas Faizal mengenakan satu-satu “wardrobe”, cuba asingkannya atau bagi “label” agar Faizal tahu yang Faizal sudah mengenakan “wardrobe” itu. Tidak salah kalau Faizal ingin mengenakan “wardrobe” yang sama kalau Faizal betul-betul suka tapi kalau boleh biarlah jarakkan sekurang-kurangnya satu bulan.
Menyentuh bab “wardrobe” yang sesuai dengan Faizal, airin rasa Faizal sesuai kalau mengenakan baju yang berlapis-lapis seperti jaket dan t-shirt. Banyak contoh yang telah dicadangkan oleh Abee yang airin rasa memang sesuai dengan Faizal.
http://faizalfc.net/club/index.php?option=com_joomlaboard&Itemid=27&func=view&id=14772&catid=7
Sebenarnya Faizal memang pernah mengenakan “wardrobe” seperti itu tapi masalahnya ialah Faizal kena tahu “mix and match” warna jaket dan t-shirt biar nampak serasi. Kalau boleh Faizal jangan mengenakan “wardrobe” yang ketat kerana tidak sesuai. Namun Faizal jangan juga mengenakan “wardrobe” yang terlalu longgar.
Kalau Faizal kena mengenakan “tuxedo”, airin rase elok kalau Faizal jangan pakai “tie” sebab ianya agak terlalu “formal” dan tidak sesuai dengan umur Faizal. Airin suka dengan “wardrobe” Faizal semasa FFM kerana stail itu memang kena sangat dengan Faizal, Nampak “masculine”.
Setiap kali selepas Faizal mengenakan satu-satu “wardrobe”, jangan malu-malu bertanya pada kawan, “kena tak pakaian ni?” lepas itu cuba Faizal tengok cermin. Cuba tengok diri Faizal dalam cermin dan komen penampilan sendiri. Cuba anggap cermin itu sebagai orang yang akan melihat penampilan Faizal dan yang akan komen penampilan Faizal. Airin rasa Faizal kena rajin tengok diri dalam cermin sebab kadang-kadang cermin boleh membantu menambahkan keyakinan diri.
Sebagai seorang peminat yang perihatin, airin harap Faizal akan ambil berat semua komen-komen airin juga komen-komen peminat-peminat Faizal yang lain sebab semua ini demi kebaikan Faizal jua.
Senyum sokmo lah