
Namun, yang pasti Airin bangga kerana Faizal mampu mengendalikan konsert yang besar bersama dengan Farhan. Bukan senang bagi artis yang baru seperti Faizal dan Farhan diberikan kepercayaan untuk mengendalikan konsert besar seperti itu. Tahniah Airin ucapkan. Walaupun ada beberapa kekurangan dan kelemahan, anggaplah ia sebagai salah satu dari proses pembelajaran untuk menjadi seorang penghibur yang berjaya.
Airin agak terkilan bila ada yang mengatakan Faizal produk yang gagal. Namun, Airin berterima kasih kepada Ramli Sarip kerana membela Faizal. Memang betul apa yang dikatakan oleh Ramli Sarip. Kejayaan seseorang artis itu tidak boleh diukur dalam masa yang singkat. Sedangkan Datuk Siti Nurhaliza juga ambil masa setahun untuk dikenali seperti hari ini itupun selepas beliau memenangi Juara Lagu. Faizal baru sahaja keluar daripada AF selama 4 bulan. Jangan terlalu cepat “label” Faizal sebagai produk yang gagal. Sekurang-kurangnya tunggulah sehingga album pertama Faizal dikeluarkan. Jika sebelum ini ramai dikalangan wartawan yang memberikan komen yang positif terhadap album kompilasi Faizal, Insyaallah, album pertama Faizal akan menjadi suatu yang boleh dibanggakan. Yang penting, kita seharusnya memberi sedikit masa lagi untuk Faizal membuktikan bakat yang dia ada. Airin yakin Faizal tidak akan mengecewakan semua peminatnya.
Senyum sokmo lah
(Gambar atas: Credit to Mamaqueen, FFC. Thanks a Lot. Really Love the picture)
No comments:
Post a Comment