Tuesday, January 16, 2007

FAIZAL PASTI BOLEH!!!


Memang mengejutkan. Tak sangka. Faizal No.1. Walaupun carta itu bukan Airin sifatkan sebagai carta yang bagus iaitu "Bintang AF yang tak pandai menari". Sebab Airin tak rasa pun yang Faizal tak pandai menari. Mungkin agak kelam kabut sikit. Namun, yang pasti, setiap kali Faizal "perform", dia sentiasa menghiburkan. Paling penting, senyuman dia tak lekang. Itulah "keistimewaan" Faizal.
Yang bagusnya, Faizal sedar akan kelemahannya. Sekarang inipun dia sedang mengikut kelas tarian. Insyaallah, dengan berkat usaha Faizal dan juga sokongan daripada peminat yang tak pernah padam, tidak mustahil Faizal akan dapat mengatasi kelemahannya.
Tak boleh lupa tarian Faizal dalam konsert-1, memang menghiburkan dan Faizal memang comey sangat waktu tu.
Senyum Sokmo lah

Monday, January 15, 2007

TAMPANNYA FAIZAL!!!


Tahniah Faizal kerana berjaya menduduki tempat yang ke-3 dalam carta "Lelaki Paling Tampan" dalam program "Fail Sulit AF". Bagi Airin, tidak dinafikan Faizal memang tergolong dalam kategori lelaki tampan jugak.
Selain daripada itu, dapat jugak tengok kak aida@ kak lib kat program tu. Yang paling best bila kak lib cakap "Aura Faizal adalah senyuman dia". Bagus statement kak lib tu.
Senyum sokmo lah

Tuesday, January 02, 2007

FAIZAL & MAMEE




Sekadar ingin menunjukkan gambar Faizal dan juga "komen" Faizal bila terpilih sebagai "jurucakap Mamee".

Senyum Sokmo lah

FAIZAL'S FIRST AWARD


Faizal telah berjaya "dinobatkan" sebagai "bintang baru paling glamour" anjuran URS. Airin ucapkan TAHNIAH. Harap "anugerah" ini akan menjadi satu titik permulaan untuk Faizal memenangi lebih banyak anugerah di masa-masa akan datang. Insyaallah.
Senyum Sokmo lah


FAIZAL IS "FREE"


Alhamdulillah, sehingga hari ini, Faizal "bebas" dari sebarang "gosip" dan "kontroversi" yang "sensasi". Harap keadaan ini akan berkekalan. Kalau boleh, biarlah Faizal lebih "dikenali" kerana "bakat" dan bukannya "gosip".

Anda boleh klik di bawah ini untuk membaca "cerita" mengenai Faizal yang "bebas dari gosip" (sumber: MANGGA)

http://faizalfc.net/club/index.php?option=com_joomlaboard&func=view&id=17659&catid=11#17659

Monday, January 01, 2007

FAIZAL DI TAHUN 2006

Airin mula meminati Faizal sejak Konsert Prelude lagi. Sebelum itu, memang rancang tak nak minat bintang AF lagi. Penat tau. Namun, entah kenapa, bila tengok Faizal "perform" dalam konsert itu, timbul pulak minat pada dia sehingga hari ini. Sepanjang meminati Faizal, selaku "Juara", perjalanan kariernya bukanlah mudah seperti juara-juara AF yang lain. Entah tidak tau di manakah silapnya. Namun, bukan salah Faizal kerana Faizal "diperkenalkan" di saat-saat orang lebih sibuk dengan "world cup", "perkahwinan Datuk Siti" dan "Mawi Ina". Semua ini sedikit sebanyak menenggelamkan bukan setakat Faizal, malahan semua bintang AF4. Di samping itu, warga kerja AF4 semacam "ketandusan idea" dan seolah-olah tidak mempunyai "initiatif" untuk mempromosikan AF4 seperti mana hebatnya promosi yang mereka lakukan untuk AF1, AF2 dan AF3.

Selepas sahaja Faizal dinobatkan sebagai Juara, mulalah orang sibuk membandingkan Faizal dengan Mawi. Persoalan yang sering di timbulkan "adakah Faizal mampu mengugat populariti Mawi?" Namun, Faizal tetap tenang tiap kali pihak media ajukan persoalan begitu. Faizal dengan "senyum sokmo" sering mengatakan "mawi adalah mawi, saya adalah saya". Sebenarnya, tidak dinafikan kehadiran mawi adalah satu fenomena. Mungkin sudah tertulis rezeki mawi macam itu; populariti yang mendadak. Mungkin Allah telah menetapkan rezeki yang berbeza untuk Faizal; meraih populariti secara perlahan. Perjalanan karier seni Faizal bukanlah mudah seperti juara-juara yang sebelumnya. Ramai orang tidak yakin akan keupayaan dan bakat yang ada pada Faizal. Di tambah lagi dengan publisiti yang "kurang" dari pihak-pihak tertentu seolah-olah menenggelamkan Faizal . Pada ketika itulah, orang mula "berbisik" sesama sendiri yang Faizal ni "artis suam-suam kuku". Di saat itu lah, FFC (Faizal Fan Club) tampil kehadapan dan berusaha dengan keras untuk mempromosikan Faizal baik secara berkumpulan maupun secara persendirian. Di sebabkan "promosi hebat" daripada FFC secara keseluruhan, Faizal berjaya "ditonjolkan" sehingga menarik perhatian pihak media untuk "mengenali" Faizal dengan lebih dekat.

Memang diakui Faizal kurang "publisiti" baik dari segi majalah maupun suratkhabar, namun setiap kali ada "cerita" mengenai Faizal, kebanyakkannya menyentuh mengenai karier Faizal. Selain daripada itu, adalah juga "cerita" yang lain tapi taklah banyak. Ada pihak media mengatakan, disebabkan Faizal tidak ada "cerita sensasi", sebab itu wartawan kurang memberikan perhatian pada Faizal. Secara jujur, kalau boleh, Airin nak Faizal lebih popular kerana "bakat" dan bukannya "gosip". Alhamdulillah, setakat ini, Faizal "bersih" dari "gossip" dan "kontroversi". Harap ianya akan kekal begitu. Airin rasa, peminat Faizal tidak perlu risau kerana Faizal memang pandai "jaga diri".

Sepanjang tahun 2006 (walaupun hanya 4 bulan), boleh nampak perubahan yang "positif" daripada Faizal baik dari segi "persembahan", "penampilan", "komunikasi" dan juga "hubungan dengan pihak media". Pihak media juga nampaknya telah memberikan "perhatian yang lebih sedikit" pada Faizal. Harap-harap sokongan daripada pihak media kepada Faizal akan tetap berterusan dari masa ke semasa. Biarpun begitu, Faizal tidak seharusnya "leka" kerana masih banyak lagi yang Faizal perlu pelajari dan perbaiki. Airin harap Faizal akan terus perbaiki kelemahan terutama sekali dalam "penampilan" dan "komunikasi" dan juga "menunjukkan peningkatan" dalam setiap "persembahan".

Akhir sekali, Airin harap untuk tahun 2007 ini, Faizal akan lebih "berjaya" dalam bidang seni dan lebih ramai lagi yang akan "menyedari" akan kebolehan dan bakat yang ada pada Faizal. Harapan Airin agar tahun 2007 adalah tahun bagi Faizal untuk menunjukkan pada semua siapa Faizal yang sebenarnya seperti tajuk lagu Faizal..."LIHATLAH"

Senyum Sokmo lah

DSS AF4...HANYA FAIZAL


Hari ini dapat juga tengok DSS AF4 tapi sudah semestinya fokus hanya pada Faizal. Bila tengok Faizal dalam DSS, memang ketara Faizal masih lagi malu-malu dan "stail" Faizal agak "simple". Kalau nak bandingkan Faizal dengan rakan-rakan dia yang lain dalam DSS, memang ketara rakan-rakan Faizal lebih "stylo". Namun. DSS itu dirakamkan sebelum Bulan Ramadhan. That's History. Fokus utama ialah sekarang, lebih-lebih lagi di tahun baru 2007. Setakat ini, Faizal telah menunjukkan peningkatan yang positif. Harap-harap Faizal takkan berhenti setakat itu kerana banyak lagi yang Faizal perlu perbaiki dan pelajari. Apa-apa pun, Airin ingin mengucapkan "selamat berjaya" buat Faizal dalam bidang seni ini dan semoga tahun 2007 akan menjanjikan tahun yang "manis" buat Faizal.

Senyum Sokmo lah

EHEM...EHEM...FAIZAL



Wah! Nampaknya Faizal dah berubah. Dah pandai "bergaya". Nampak sangat Faizal memang ambil berat akan semua komen, kritikan dan pandangan semua orang baik pihak media dan juga peminat. Buktinya, tengok saja gambar-gambar di atas (sumber: URTV) dan anda sendiri tentu faham maksud Airin. Kalau Faizal kekalkan "stail" macam ini, tentu orang akan "tergoda". Tak salah kalau Faizal "bergaya" sebab sebagai artis, Faizal kena jaga penampilan asal jangan keterlaluan. Faizal kena kekalkan identiti Faizal seperti mana yang peminat nampak semasa Faizal di AF dulu.
Senyum Sokmo lah

FAIZAL DI BRUNEI 31 JAN INI


Berita Terkini...
Faizal "confirm" akan datang ke Brunei pada 31 Jan 2007 hingga 4 Feb 2007

Apa yang Airin ingin ucapkan...
SELAMAT DATANG KE BRUNEI
HARAP FAIZAL AKAN SERONOK SEPANJANG BERADA DI BRUNEI
SENYUM SOKMO LAH

Pada semua peminat Faizal di Brunei...
Nantikan kedatangan Faizal dengan "senyum sokmo" nya