Thursday, November 23, 2006

FAIZAL YANG MANA SATU?

Banyak sangat artis yang bernama FAIZAL. Namun, artis-artis yang bernama FAIZAL yang airin kenal cuma ada empat dan secara kebetulan, airin memang minat kesemuanya.

FAIZAL HUSSEIN

Inilah FAIZAL yang airin mula-mula kenal dari filem xx-ray. Memang minat sangat kat dia. Kelebihan dia, airin suka bila dia buat komedi. Sesuai sangat dengan dia. Airin suka filem xx-ray pun pasal dia lah.

FAIZAL OIAM

Ini pulak airin kenal dia semasa dia masih dalam kumpulan Mirwana. Masa itu Mirwana dijemput untuk rancangan Muzik@ria. Kelebihan dia ni, airin suka tahap komunikasi dia. Dia juga pengulas sukan yang bagus. He also has a great sense of humor.

FAIZAL YUSOF
Ini airin kenal masa tengok dia dalam telemovie Neon. Memang kagum dengan bakat lakonan yang dia ada.

FAIZAL AF4

Ini pulak airin kenal masa tengok dia "perform" kat prelude af4. Memang kagum sangat dengan bakat nyanyian yang dia ada di tambah lagi dengan personaliti yang memang menarik.

Siapa yang airin minat? semua airin minat tapi yang paling minat sudah semestinya FAIZAL AF4. SENYUM SOKMO LAH

Monday, November 20, 2006

FAIZAL SEMAKIN MATANG

Sejak keluar dari akademi hinggalah sekarang, nampaknya Faizal melalui perubahan yang positif. Dia cepat belajar dari kesilapan. Dia cepat perbaiki kelemahan. Setakat ini, alhamdulillah, Faizal bersih dari gosip-gosip liar. Biarpun kurang publisiti disebabkan Faizal tidak ada cerita sensasi namun mungkin semua peminat Faizal tidak mahu Faizal terkenal kerana gosip. Biarlah Faizal terkenal kerana kerjaya dia dan bukannya gosip. Sebelum ini, Ramli MS ada memberikan komen beliau mengenai Faizal. Anda boleh baca komen Ramli MS di bawah.

http://www.emedia.com.my/Entertainment/BintangPopular/Ahad/Variasi/20061016131613/Article/
Kemudian anda boleh baca apa pulak jawapan Faizal.

http://www.bharian.com.my/Entertainment/BintangPopular/Ahad/JomSemuka/20061119153020/Article/
Dari cara Faizal menjawap, boleh nampak Faizal semakin matang. Faizal tetap rendah diri namun dalam masa yang sama dia tetap akan terus berusaha perbaiki diri. Semangat yang memang dikagumi. Bak kata pepatah; ikut resmi padi, semakin tunduk semakin berisi. Harap Faizal akan dapat terus memberikan kejutan.

senyum sokmo lah

Tuesday, November 14, 2006

KENAPA MESTI BELI ALBUM FAIZAL?


Saja nak "promote" album BEST OF FAIZAL lagi sekali. Memang tidak rugi kalau anda membeli album ini. Walaupun hampir ke semua lagu-lagu dalam album ini dinyanyikan semula, namun FAIZAL berjaya menjadikan ke semua lagu-lagu itu "memorable". Anda juga berpeluang mengetahui betapa bagusnya cara nyanyian FAIZAL melalui lagu "LIHATLAH" yang memang dicipta khas buat FAIZAL.
Album ini telah di analisis oleh beberapa wartawan dan semuanya memberikan komen yang positif. Ini menunjukkan yang FAIZAL memang ada potensi untuk bergelar penyanyi yang bagus suatu hari nanti. INSYAALLAH
Berikut adalah antara komen-komen yang telah diberikan oleh pihak wartawan;
MEDIA HIBURAN
"Album ini CUKUP HEBAT mana tidaknya KELUNAKAN SUARA penyanyi ini yang dikatakan mirip penyanyi Saleem memang MANTAP"
PANCA INDERA (PI)
"Dia penyanyi yang perlu DIBERI PERHATIAN. SERIUS. Kerana BAKATNYA MELAMPAUI POPULARITI yang diberikan kepadanya"
"Inilah bakat yang lahir dari pertandingan realiti TV yang PERLU DIBANGGAKAN"
"Menghayati satu demi satu di dalam album ini membenarkan pilihan kita yang dia memang LAYAK MENJADI JUARA pertandingan berkenaan"
"Perhatikan bagaimana dia masuk ke dalam ROH lagu PELANGI PETANG. Kita sendiri boleh terbawa-bawa di ALAM KEHIBAAN..."
"PI percaya Saleem juga BANGGA dengan FAIZAL yang berjaya melaksanakan lagu BLUES TERENGGANU KITA dengan BAIK SEKALI"
"Kerana gara-gara PENANGAN FAIZAL, lagu DEALOVA kini menjadi KEGILAAN RAMAI"
"Lagu LIHATLAH sudah boleh meletakkan FAIZAL dalam kelompok PENYANYI PROFESSIONAL"
BINTANG POPULAR
"Kelebihan FAIZAL ialah dia mempunyai KEKUATAN sebagai PENYANYI YANG VERSATILE. Baik POP, ROCK mahupun sentuhan TRADISIONAL, FAIZAL berupaya MENGHAYATI AMANAH yang diberikan kepadanya dengan BERKESAN"
"Anda akan TERBUAI dengan KELUNAKAN VOKAL FAIZAL lewat lagu BLUES TERENGGANU KITA, SENANDUNG ANAK LAUT dan TERHARU"
"Lagu yang bakal MENGUSIK HATI adalah HUJAN, DEALOVA dan LIHATLAH"
Hanya berdasarkan komen-komen daripada wartawan, anda tidak perlu ragu-ragu lagi kerana memang FAIZAL ADALAH SEORANG PENYANYI YANG BERBAKAT. Bukan senang pihak wartawan nak memberikan komen-komen sebegitu. Jadi, apa lagi? Kalau anda belum memiliki album ini, CEPAT-CEPAT LAH BELI!!!
Sambil itu, nantikan juga ALBUM SOLO FAIZAL yang bakal berada dipasaran kemungkinan besar pada bulan DISEMBER atau JANUARI. INSYAALLAH. Album ini diterbitkan oleh SIFU M.NASIR.
SENYUM SOKMO LAH

VOTE FOR FAIZAL!!!


Anugerah Bintang Popular datang lagi!!! Jangan lupa UNDI FAIZAL AF4!!! Senyum sokmo lah!!!

How to vote? Simply click at the LINK below and follow all the instructions

http://faizalfc.net/club/index.php?option=com_joomlaboard&Itemid=27&func=view&id=12084&catid=4