Monday, October 30, 2006

DSS FAIZAL BEST SOKMO!!!

Akhirnya dapat juga tengok DSS Faizal setelah lama menanti. Memang tak rugi tengok. Dari mula sampai akhir memang menghiburkan. Tahniah buat Faizal kerana berjaya menghiburkan penonton di studio juga di rumah walaupun masih lagi baru. Sesuatu yang menarik mengenai persembahan Faizal ialah dia asyik “senyum” saja. Memang kena sangatlah dengan trademark dia, “senyum sokmo lah”. Dia selalu saja gelak. Yang paling airin suka, dia selalu tanya penonton; “anda nak lagi?” dan “saya nak nyanyi lagi boleh?” such sweet and adorable when he said such things. Bagi airin dan juga mungkin pada semua yang menonton pastinya tersentuh betapa Faizal amat hargai penyokong- penyokong dia. Dia tidak putus-putus mengucapkan “terima kasih” kerana disebabkan penyokong-penyokong lah Faizal berada di mana dia berada sekarang. Sebagai penyokong Faizal, airin rasa tentu semua setuju dengan airin yang kita semua rasa tersentuh kerana begitu dihargai. Bak kata orang, tak sia-sia minat Faizal kan.

Menyentuh mengenai persembahan Faizal, bagi airin it’s flawless. Tak ada masalah pitching. Sepanjang persembahan, Faizal banyak bermain dengan suara dia. We can hear the colourful versions of his voice. Faizal mulakan persembahan dengan lagu “Puteri” dan diakhiri dengan persembahan lagu “Smells like teen spirit” berduet bersama Lotter. Airin jamin memang tidak boring menonton persembahan Faizal dengan persembahannya yang bersahaja. Faizal nampak “enjoy sokmo”. Langsung tak nampak Faizal keletihan sebab dia memang seronok sangat membuat persembahan.

Antara lagu-lagu yang Faizal persembahkan yang dia pernah persembahkan semasa AF adalah seperti lagu-lagu Pelangi petang, Ingin tahu (duet bersama Noraniza idris), Blues terengganu kita, wo!!!, senandung anak laut, dealova, smells like teen spirit (duet bersama Lotter), Hujan dan Lihatlah. Manakala lagu-lagu lain yang dipersembahkan oleh Faizal adalah seperti lagu-lagu kancing suasa, puteri, dan my way. Selain daripada itu, Faizal juga tidak ketinggalan mempersembahan lagu “watimang landak
di atas permintaan penonton.

Kalau ada yang perlu airin kritik mungkin lagu “my way” sebab sebutan Faizal tapi Faizal masih lagi dalam proses menajamkan sebutan bahasa inggeris dia. Jadi, airin paham. Bagilah Faizal masa. Airin yakin pasti Faizal dapat lakukannya.

My favorites? Airin paling suka lagu “kancing suasa” sebab mungkin airin ni jenis yang minat lagu-lagu lama. Tapi sebenarnya susah sangat nak pilih yang mana satu sebab semuanya BEST!!! BEST!!! BEST!!! SOKMO

Sebut pasal AFXTRA pulak, kalau yang menyentuh bab Faizal cuma mengenai keakraban Faizal dan Rich yang disalahertikan, tarian Faizal dan betapa gemarnya Faizal berinteraksi dengan kamera. Adakah ianya sebagai suatu strategi? Faizal menjawap dia nak cakap dengan rakan-rakan yang lain, semua tension. Jadi, dia pun cakap dengan kamera.

Thursday, October 26, 2006

BEST!!! BEST!!! BEST SOKMO!!!

Setakat ini, airin dah tengok hampir semua program-program yang ada faizal. What can I say? I love them all. Sapa-sapa yang tak tengok memang rugi tau (kecuali yang memang tak dapat tengok). Airin nak lah komen pasal semua program-program tu.

Macam-macam Aznil...dalam program ini memang naya faizal kena sakat dek aznil especially bila aznil tanya apa yang “spesel” sangat raya kat kampong? Bila saja faizal bagitau, aznil macam tak mau kalah. Aznil nak buktikan raya kat bandar lagi best. Apa saja benda yang faizal sebut, aznil cakap kat Bandar pun ada. Kesian faizal. Ada lagi masa aznil tanya faizal apa nama jenis biskut, ada yang faizal tak tau. Memang teruk faizal kena sakat oleh aznil. Namun, satu yang airin nak puji, faizal tetap senyum sokmo siap gelak pulak tu. Itu lah yang membuatkan airin suka sangat kat faizal. Senyum sokmo je. Tapi dalam aznil sakat-sakat tu, ning baizura ada juga puji sikap faizal yang suka tanya khabar orang. Bagus faizal. Teruskan dengan sikap macam tu.

Af-xtra...airin belum tengok lagi. Nanti bila airin dah tengok, baru airin komen okey!

Konsert Reunion...susah nak komen pasal nyanyian faizal sebab memang perfect!!! Suka dengan “persembahan selamba” dia. Yang penting, dia “enjoy” especially bila dia nyanyi lagu Allahyarham Sudirman. Kalau airin nak komen pun, mungkin pasal baju dia yang agak ketat. Tapi ianya langsung tidak mencacatkan persembahan faizal. Paling suka masa “game” bersama peminat. Caranya sapa yang dapat habiskan minuman, team dia menang. Faizal tak sabar-sabar nak minum sampai berapa kali aznil larang. Takpe lah faizal. Mu tetap “kiut” sokmo.

Raya AF mai lagi...bila start je cerita pasal faizal, memang best giler. Dia konon-konon ada hati dengan zila tapi dihalang oleh abang dia, diddy. Kakak zila, salima jemput faizal bukak posa kat rumah sambil minta tolong faizal ambikkan baju kurung zila kat kedai velvet. On the way nak balik rumah zila, terjumpa Karen. Karen minta tolong sebab beg dia kena ragut oleh lotter. Faizal minta tolong Karen pegangkan baju zila tapi baju tu dibuang oleh rich, kawan Karen. Bila faizal balik semula, Karen dah takde. Faizal tak tau nak buat macam mana. Terpaksa dia jumpa keluarga zila, ceritakan semuanya dan minta maaf tapi zila marah kat faizal. Lepas tu faizal bawa diri ke KL. Lepas 2 tahun, baru dia balik kampong.

Part mana yang best? Part masa faizal ngorat zila, part masa faizal angan-angan (masa ni faizal nyanyi lagu “sepasang baju kurung biru”), part masa faizal “cium” baju kurung (masa tu aznil masuk, cerita pasal baju dia, faizal pulak kena “kaku”), part masa faizal bagi “cd”. Lakonan faizal memang “bersahaja”. Rasanya faizal memang boleh “berlakon” Cuma faizal kena asahkan lagi bahasa melayu baku dia. Apa-apa pun, senyum sokmolah.

DSS Faizal...itu hari ahad ini 12.30 tgh. Jangan lupa tau.

Senyum sokmo lah

Monday, October 23, 2006

SENYUM SOKMO LAH FAIZAL!!!


One word, “SERONOK”. Akhirnya dapat jugak “chat” dengan faizal. Kira “my lucky night” lah. Faizal singgah lama jugak, adalah dalam 2 jam. Cepat sangat masa berlalu. Mula-mula bila faizal “chat”, Nampak dia macam segan sikit tapi lepas lama-lama, dia sudah boleh bergurau. Faizal memang “sporting” malam itu walaupun semua yang “chat” dengan dia, “anak dara” belaka. Semua yang “chat” malam itu banyak tanya soalan sampai faizal tak tau nak jawap yang mana satu dulu. Jangan bimbang faizal. Semua paham. Yang penting faizal cuba yang termampu. Tak kurang jugak banyak yang bagi nasihat pada faizal agar faizal tak leka dan terus perbaiki diri. Pada penghujung “chat” faizal minta maaf pada semua dan ucapkan selamat hari raya. Faizal juga kata dia sayang semua peminat dia. Kagum dengan sikap faizal. Teruskan dengan cara faizal. Jangan bimbang, semua peminat faizal akan tetap terus menyokong faizal.

Airin pun nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI BUAT FAIZAL DAN KELUARGA.Senyum sokmo lah.

Saturday, October 21, 2006

TERIMA KASIH SEMUA!!!


Sesuatu yang menarik dan seronok bila kita minat artis yang sama ialah kita semua mesti nak tau cerita-cerita terbaru mengenai artis pujaan kita. Namun, yang paling seronok ialah bila kita berpeluang berkenalan dengan ramai kenalan dari merata tempat bukan setakat dalam negeri kita sahaja tapi juga di luar negara. Bila kita dah kenal dan mengeratkan silaturrahim, kita dapat rasakan kemesraan bagai sebuah keluarga, berborak, bergurau, mengusik walaupun hanya di alam siber.

Itu yang saya rasai sejak berkampung di Faizal FC. Saya dapat rasakan betapa akrabnya hubungan dengan semua orang dan saya rasa amat tersentuh bila mereka amat mengambil berat bila saya berhadapan dengan masalah.

Terima kasih pada semua yang mengenali Airin. Thanks for being there for me whenever I needed someone to talk to. Maafkan Airin andai Airin menyusahkan semua dengan masalah Airin. Airin betul-betul hargai persahabatan kita.

SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR DAN BATIN…

Senyum sokmo lah

Thursday, October 19, 2006

JANGAN LUPA "TENGOK" FAIZAL HANYA DI RIA


24 OCT...RAYA PERTAMA
11.30AM - MCM2 AZNIL RAYA
3.OOPM - AKADEMI FANTASIA 4 XTRA
4.00PM - KONSERT REUNION AKADEMI FANTASIA 4

25 OCT...RAYA KEDUA
10.00AM - RUMAH TERBUKA AKADEMI FANTASIA 4

26 0CT...RAYA KETIGA
11.30PM - MCM2 AZNIL RAYA

27 0CT...RAYA KE EMPAT
3.00AM - AKADEMI FANTASIA 4 XTRA

28 OCT...RAYA KE LIMA
BOLEH BERAYA KEMANA2 SEPANJANG HARI...

29 OCT...RAYA KE ENAM
12.30AM - DARI STUDIO SATU FAIZAL AF4
7.00PM - RUMAH TERBUKA AKADAEMI FANTASIA 4
11.30PM - KONSERT AKHIR AKADEMI FANTASIA 4

30 OCT...RAYA KE TUJUH
BOLEH LAGI BERAYA KE MANA2....

31 OCT...RAYA KE LAPAN
10.00AM - RUMAH TERBUKA AKADEMI FANTASIA 4
11.30AM - AKADEMI FANTASIA 4 XTRA
7.00PM - MCM2 AZNIL RAYA

(CREDIT TO MAMAQUEEN, FFC...THANKS A LOT)
JANGAN KETINGGALAN UNTUK MENONTON SEMUA PROGRAM RAYA YANG ADA "FAIZAL" DAN SENTIASA LAH "SENYUM SOKMO" SEPANJANG MENONTON SEMUA PROGRAM TU hehehehe...SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR DAN BATIN

SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!!

LAMANYA TAK POST KAT BLOG NI. BZ SANGAT. LAGIPUN TAK TAU NAK POST APA.
SEMPENA RAYA NI, SAJA NAK UCAPKAN...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL (AF3) FITRI (AF2) hehehe...
MAAF ZAHIR DAN BATIN
MAAFKANLAH ANDAI ADA DI ANTARA POSTING SAYA YANG MENYINGGUNG PERASAAN TAK KIRA SAMA ADA DALAM BLOG NI ATAU DALAM BLOG YANG LAGI SATU. POHON AMPUN DAN MAAF JUA PADA SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI ANDAI SEPANJANG PERKENALAN DAN PERSAHABATAN KITA ADA SAYA MENYINGGUNG PERASAAN TANPA SAYA SEDARI.
PADA SEMUA FFC, AIRIN MINTA AMPUN DAN MAAF ATAS SEMUA KESALAHAN YANG AIRIN TELAH LAKUKAN YANG MENGURIS PERASAAN. SEMPENA RAYA NI, JANGAN LUPA UNTUK MENONTON PROGRAM RAYA YANG ADA "FAIZAL" DAN PALING PENTING JANGAN LUPA TUK "SENYUM SOKMO LAH"