Tuesday, September 26, 2006

FAIZAL AF4 MENUJU PUNCAK


Pada awal kemunculan Faizal, ramai yang memperlekehkan bakat yang ada padanya. Dia juga sering dibandingkan dengan juara yang lepas. Kedua-duanya memiliki bakat dan aura yang berbeza. Malahan cara mereka pun tidak sama. Ramai yang tidak yakin bahawa pemuda kelahiran Terengganu ini akan mampu bertahan dalam bidang seni yang penuh dengan panca roba. Malahan ada setengah-tengah orang yang kurang berpuas hati apabila Faizal menjulang trofi yang utama. Boleh dikatakan perjalanan hidup Faizal tidak semudah sepertimana juara-juara yang lepas. Kehadiran Faizal bagaikan tidak dialu-alukan. Namun kekuatan dan kecekalan yang ada pada diri Faizal berjaya mengharungi semua dugaan di tambah lagi dengan sokongan kuat daripada semua penyokong-penyokong Faizal yang percaya Faizal bakal mencipta "kejutan" terus menjadi tulang belakang Faizal. Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, kita semua boleh nampak perubahan yang positif dalam perjalanan karier seni Faizal. Sedikit demi sedikit, ramai yang sudah boleh menerima Faizal dan menyedari bakat yang dikurniakan oleh Tuhan pada Faizal. Walaupun perjalanan Faizal untuk menuju puncak agak perlahan namun ianya amatlah positif. Faizal juga sudah boleh menyesuaikan diri dan kita boleh nampak peningkatan yang Faizal tunjukkan setiap kali kemunculan dia. Apa yang penting ialah semangat jati diri dan personaliti yang ada dalam diri Faizal yang berjaya mengubah persepsi orang terhadap Faizal biarpun banyak dugaan yang menimpa pada awal kemunculan Faizal. Di samping itu juga, senyuman yang sentiasa terukir di raut wajah Faizal boleh menyejukkan hati peminat-peminat Faizal. Faizal berjaya membuktikan bahawa biarpun dia tidak hebat di dalam AF seperti juara-juara yang lepas, namun kita semua percaya Faizal boleh menjadi hebat di luar AF. Yang paling penting ialah sokongan semua penyokong-penyokong Faizal yang tidak akan putus-putus menyokong Faizal. Akhir kata...SENYUM SOKMO LAH

No comments: