Saturday, October 21, 2006

TERIMA KASIH SEMUA!!!


Sesuatu yang menarik dan seronok bila kita minat artis yang sama ialah kita semua mesti nak tau cerita-cerita terbaru mengenai artis pujaan kita. Namun, yang paling seronok ialah bila kita berpeluang berkenalan dengan ramai kenalan dari merata tempat bukan setakat dalam negeri kita sahaja tapi juga di luar negara. Bila kita dah kenal dan mengeratkan silaturrahim, kita dapat rasakan kemesraan bagai sebuah keluarga, berborak, bergurau, mengusik walaupun hanya di alam siber.

Itu yang saya rasai sejak berkampung di Faizal FC. Saya dapat rasakan betapa akrabnya hubungan dengan semua orang dan saya rasa amat tersentuh bila mereka amat mengambil berat bila saya berhadapan dengan masalah.

Terima kasih pada semua yang mengenali Airin. Thanks for being there for me whenever I needed someone to talk to. Maafkan Airin andai Airin menyusahkan semua dengan masalah Airin. Airin betul-betul hargai persahabatan kita.

SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR DAN BATIN…

Senyum sokmo lah

No comments: