Sunday, December 10, 2006

FAIZAL KONTROVERSI???


Terkejut jugak bila Faizal tersenarai dalam Top 10 Lelaki Kontroversi 2006 dalam Majalah Maskulin (Dis 2006). Heran jugak. Dimanakah kontroversinya Faizal? Setahu airin dalam masa 4 bulan selepas Faizal keluar dari AF, tak ada pulak keluar isu-isu yang panas mengenai Faizal. Walauapapun, satu perkara yang pasti, tersenarainya Faizal menunjukkan yang Faizal memang dikenali dan sering menjadi perhatian. Jika sebelum ini, timbul isu kononnya Faizal ini Artis yang suam-suam kuku, senarai ini menyangkal sama sekali dakwaan itu. Sememangnya Faizal tetap menjadi perhatian walaupun kurang publisiti.
Di bawah ini dipamerkan senarai Top 10 Lelaki Kontroversi 2006.
  1. Tun Mahathir
  2. Pak Lah
  3. Datuk K
  4. KJ
  5. Ayah Pin
  6. Dr. Sheikh Muzapha
  7. Mawi
  8. Faizal (AF4)
  9. Amy (search)
  10. Yusri (KRU)
  11. Allahyarham Hani Mohsin

Senyum Sokmo lah

No comments: