Saturday, December 02, 2006

FAIZAL PERLU LEBIH PERIHATIN


Secara peribadi, airin rasa Faizal amat memerlukan perunding imej yang dapat membentuk imej Faizal agar sesuai dengan peribadi dan juga umur Faizal. Namun, Faizal kena juga perihatin agar penampilan diri sentiasa nampak segar dan memikat. Ini kerana peminat boleh ingat apa jua “wardrobe” yang Faizal pakai. Jadi, peminat boleh tahu kalau “wardrobe” itu adalah “siaran ulangan”. Bukan niat airin ingin memburukkan Faizal, tapi ini adalah demi kebaikan Faizal jua. Apakata setiap kali selepas Faizal mengenakan satu-satu “wardrobe”, cuba asingkannya atau bagi “label” agar Faizal tahu yang Faizal sudah mengenakan “wardrobe” itu. Tidak salah kalau Faizal ingin mengenakan “wardrobe” yang sama kalau Faizal betul-betul suka tapi kalau boleh biarlah jarakkan sekurang-kurangnya satu bulan.

Menyentuh bab “wardrobe” yang sesuai dengan Faizal, airin rasa Faizal sesuai kalau mengenakan baju yang berlapis-lapis seperti jaket dan t-shirt. Banyak contoh yang telah dicadangkan oleh Abee yang airin rasa memang sesuai dengan Faizal.

http://faizalfc.net/club/index.php?option=com_joomlaboard&Itemid=27&func=view&id=14772&catid=7


Sebenarnya Faizal memang pernah mengenakan “wardrobe” seperti itu tapi masalahnya ialah Faizal kena tahu “mix and match” warna jaket dan t-shirt biar nampak serasi. Kalau boleh Faizal jangan mengenakan “wardrobe” yang ketat kerana tidak sesuai. Namun Faizal jangan juga mengenakan “wardrobe” yang terlalu longgar.

Kalau Faizal kena mengenakan “tuxedo”, airin rase elok kalau Faizal jangan pakai “tie” sebab ianya agak terlalu “formal” dan tidak sesuai dengan umur Faizal. Airin suka dengan “wardrobe” Faizal semasa FFM kerana stail itu memang kena sangat dengan Faizal, Nampak “masculine”.

Setiap kali selepas Faizal mengenakan satu-satu “wardrobe”, jangan malu-malu bertanya pada kawan, “kena tak pakaian ni?” lepas itu cuba Faizal tengok cermin. Cuba tengok diri Faizal dalam cermin dan komen penampilan sendiri. Cuba anggap cermin itu sebagai orang yang akan melihat penampilan Faizal dan yang akan komen penampilan Faizal. Airin rasa Faizal kena rajin tengok diri dalam cermin sebab kadang-kadang cermin boleh membantu menambahkan keyakinan diri.

Sebagai seorang peminat yang perihatin, airin harap Faizal akan ambil berat semua komen-komen airin juga komen-komen peminat-peminat Faizal yang lain sebab semua ini demi kebaikan Faizal jua.

Senyum sokmo lah

No comments: