Thursday, October 26, 2006

BEST!!! BEST!!! BEST SOKMO!!!

Setakat ini, airin dah tengok hampir semua program-program yang ada faizal. What can I say? I love them all. Sapa-sapa yang tak tengok memang rugi tau (kecuali yang memang tak dapat tengok). Airin nak lah komen pasal semua program-program tu.

Macam-macam Aznil...dalam program ini memang naya faizal kena sakat dek aznil especially bila aznil tanya apa yang “spesel” sangat raya kat kampong? Bila saja faizal bagitau, aznil macam tak mau kalah. Aznil nak buktikan raya kat bandar lagi best. Apa saja benda yang faizal sebut, aznil cakap kat Bandar pun ada. Kesian faizal. Ada lagi masa aznil tanya faizal apa nama jenis biskut, ada yang faizal tak tau. Memang teruk faizal kena sakat oleh aznil. Namun, satu yang airin nak puji, faizal tetap senyum sokmo siap gelak pulak tu. Itu lah yang membuatkan airin suka sangat kat faizal. Senyum sokmo je. Tapi dalam aznil sakat-sakat tu, ning baizura ada juga puji sikap faizal yang suka tanya khabar orang. Bagus faizal. Teruskan dengan sikap macam tu.

Af-xtra...airin belum tengok lagi. Nanti bila airin dah tengok, baru airin komen okey!

Konsert Reunion...susah nak komen pasal nyanyian faizal sebab memang perfect!!! Suka dengan “persembahan selamba” dia. Yang penting, dia “enjoy” especially bila dia nyanyi lagu Allahyarham Sudirman. Kalau airin nak komen pun, mungkin pasal baju dia yang agak ketat. Tapi ianya langsung tidak mencacatkan persembahan faizal. Paling suka masa “game” bersama peminat. Caranya sapa yang dapat habiskan minuman, team dia menang. Faizal tak sabar-sabar nak minum sampai berapa kali aznil larang. Takpe lah faizal. Mu tetap “kiut” sokmo.

Raya AF mai lagi...bila start je cerita pasal faizal, memang best giler. Dia konon-konon ada hati dengan zila tapi dihalang oleh abang dia, diddy. Kakak zila, salima jemput faizal bukak posa kat rumah sambil minta tolong faizal ambikkan baju kurung zila kat kedai velvet. On the way nak balik rumah zila, terjumpa Karen. Karen minta tolong sebab beg dia kena ragut oleh lotter. Faizal minta tolong Karen pegangkan baju zila tapi baju tu dibuang oleh rich, kawan Karen. Bila faizal balik semula, Karen dah takde. Faizal tak tau nak buat macam mana. Terpaksa dia jumpa keluarga zila, ceritakan semuanya dan minta maaf tapi zila marah kat faizal. Lepas tu faizal bawa diri ke KL. Lepas 2 tahun, baru dia balik kampong.

Part mana yang best? Part masa faizal ngorat zila, part masa faizal angan-angan (masa ni faizal nyanyi lagu “sepasang baju kurung biru”), part masa faizal “cium” baju kurung (masa tu aznil masuk, cerita pasal baju dia, faizal pulak kena “kaku”), part masa faizal bagi “cd”. Lakonan faizal memang “bersahaja”. Rasanya faizal memang boleh “berlakon” Cuma faizal kena asahkan lagi bahasa melayu baku dia. Apa-apa pun, senyum sokmolah.

DSS Faizal...itu hari ahad ini 12.30 tgh. Jangan lupa tau.

Senyum sokmo lah

2 comments:

Anonymous said...

Hai airin..betullah...semlm lekat kat umah...faizal nye psl..terhibur sungguh wpun ada kurang sana sini...biase le konsert pertama..moga faizal sentiasa baiki kelemahan dia dr ms ke semasa...kdg2 tu kite sbg peminat nak dia cpt2 berubah esp cara komunikasi die...sdgkan style tu dah sebati bertaun2..tentu ssh nak buang kan...aku tak tengok macam2 aznil...aku dah tau mesti aznil nak kenakan dia je...bg le dia peluang nak ckp teratur ckit..sian..

Airin said...

tu arr...airin tau faizal is learnig very extremely hard!!! senyum sokmo lah.don't stop believing in his talents. he definitely can do it.