Monday, October 30, 2006

DSS FAIZAL BEST SOKMO!!!

Akhirnya dapat juga tengok DSS Faizal setelah lama menanti. Memang tak rugi tengok. Dari mula sampai akhir memang menghiburkan. Tahniah buat Faizal kerana berjaya menghiburkan penonton di studio juga di rumah walaupun masih lagi baru. Sesuatu yang menarik mengenai persembahan Faizal ialah dia asyik “senyum” saja. Memang kena sangatlah dengan trademark dia, “senyum sokmo lah”. Dia selalu saja gelak. Yang paling airin suka, dia selalu tanya penonton; “anda nak lagi?” dan “saya nak nyanyi lagi boleh?” such sweet and adorable when he said such things. Bagi airin dan juga mungkin pada semua yang menonton pastinya tersentuh betapa Faizal amat hargai penyokong- penyokong dia. Dia tidak putus-putus mengucapkan “terima kasih” kerana disebabkan penyokong-penyokong lah Faizal berada di mana dia berada sekarang. Sebagai penyokong Faizal, airin rasa tentu semua setuju dengan airin yang kita semua rasa tersentuh kerana begitu dihargai. Bak kata orang, tak sia-sia minat Faizal kan.

Menyentuh mengenai persembahan Faizal, bagi airin it’s flawless. Tak ada masalah pitching. Sepanjang persembahan, Faizal banyak bermain dengan suara dia. We can hear the colourful versions of his voice. Faizal mulakan persembahan dengan lagu “Puteri” dan diakhiri dengan persembahan lagu “Smells like teen spirit” berduet bersama Lotter. Airin jamin memang tidak boring menonton persembahan Faizal dengan persembahannya yang bersahaja. Faizal nampak “enjoy sokmo”. Langsung tak nampak Faizal keletihan sebab dia memang seronok sangat membuat persembahan.

Antara lagu-lagu yang Faizal persembahkan yang dia pernah persembahkan semasa AF adalah seperti lagu-lagu Pelangi petang, Ingin tahu (duet bersama Noraniza idris), Blues terengganu kita, wo!!!, senandung anak laut, dealova, smells like teen spirit (duet bersama Lotter), Hujan dan Lihatlah. Manakala lagu-lagu lain yang dipersembahkan oleh Faizal adalah seperti lagu-lagu kancing suasa, puteri, dan my way. Selain daripada itu, Faizal juga tidak ketinggalan mempersembahan lagu “watimang landak
di atas permintaan penonton.

Kalau ada yang perlu airin kritik mungkin lagu “my way” sebab sebutan Faizal tapi Faizal masih lagi dalam proses menajamkan sebutan bahasa inggeris dia. Jadi, airin paham. Bagilah Faizal masa. Airin yakin pasti Faizal dapat lakukannya.

My favorites? Airin paling suka lagu “kancing suasa” sebab mungkin airin ni jenis yang minat lagu-lagu lama. Tapi sebenarnya susah sangat nak pilih yang mana satu sebab semuanya BEST!!! BEST!!! BEST!!! SOKMO

Sebut pasal AFXTRA pulak, kalau yang menyentuh bab Faizal cuma mengenai keakraban Faizal dan Rich yang disalahertikan, tarian Faizal dan betapa gemarnya Faizal berinteraksi dengan kamera. Adakah ianya sebagai suatu strategi? Faizal menjawap dia nak cakap dengan rakan-rakan yang lain, semua tension. Jadi, dia pun cakap dengan kamera.

No comments: