Monday, November 20, 2006

FAIZAL SEMAKIN MATANG

Sejak keluar dari akademi hinggalah sekarang, nampaknya Faizal melalui perubahan yang positif. Dia cepat belajar dari kesilapan. Dia cepat perbaiki kelemahan. Setakat ini, alhamdulillah, Faizal bersih dari gosip-gosip liar. Biarpun kurang publisiti disebabkan Faizal tidak ada cerita sensasi namun mungkin semua peminat Faizal tidak mahu Faizal terkenal kerana gosip. Biarlah Faizal terkenal kerana kerjaya dia dan bukannya gosip. Sebelum ini, Ramli MS ada memberikan komen beliau mengenai Faizal. Anda boleh baca komen Ramli MS di bawah.

http://www.emedia.com.my/Entertainment/BintangPopular/Ahad/Variasi/20061016131613/Article/
Kemudian anda boleh baca apa pulak jawapan Faizal.

http://www.bharian.com.my/Entertainment/BintangPopular/Ahad/JomSemuka/20061119153020/Article/
Dari cara Faizal menjawap, boleh nampak Faizal semakin matang. Faizal tetap rendah diri namun dalam masa yang sama dia tetap akan terus berusaha perbaiki diri. Semangat yang memang dikagumi. Bak kata pepatah; ikut resmi padi, semakin tunduk semakin berisi. Harap Faizal akan dapat terus memberikan kejutan.

senyum sokmo lah

No comments: