Tuesday, November 14, 2006

KENAPA MESTI BELI ALBUM FAIZAL?


Saja nak "promote" album BEST OF FAIZAL lagi sekali. Memang tidak rugi kalau anda membeli album ini. Walaupun hampir ke semua lagu-lagu dalam album ini dinyanyikan semula, namun FAIZAL berjaya menjadikan ke semua lagu-lagu itu "memorable". Anda juga berpeluang mengetahui betapa bagusnya cara nyanyian FAIZAL melalui lagu "LIHATLAH" yang memang dicipta khas buat FAIZAL.
Album ini telah di analisis oleh beberapa wartawan dan semuanya memberikan komen yang positif. Ini menunjukkan yang FAIZAL memang ada potensi untuk bergelar penyanyi yang bagus suatu hari nanti. INSYAALLAH
Berikut adalah antara komen-komen yang telah diberikan oleh pihak wartawan;
MEDIA HIBURAN
"Album ini CUKUP HEBAT mana tidaknya KELUNAKAN SUARA penyanyi ini yang dikatakan mirip penyanyi Saleem memang MANTAP"
PANCA INDERA (PI)
"Dia penyanyi yang perlu DIBERI PERHATIAN. SERIUS. Kerana BAKATNYA MELAMPAUI POPULARITI yang diberikan kepadanya"
"Inilah bakat yang lahir dari pertandingan realiti TV yang PERLU DIBANGGAKAN"
"Menghayati satu demi satu di dalam album ini membenarkan pilihan kita yang dia memang LAYAK MENJADI JUARA pertandingan berkenaan"
"Perhatikan bagaimana dia masuk ke dalam ROH lagu PELANGI PETANG. Kita sendiri boleh terbawa-bawa di ALAM KEHIBAAN..."
"PI percaya Saleem juga BANGGA dengan FAIZAL yang berjaya melaksanakan lagu BLUES TERENGGANU KITA dengan BAIK SEKALI"
"Kerana gara-gara PENANGAN FAIZAL, lagu DEALOVA kini menjadi KEGILAAN RAMAI"
"Lagu LIHATLAH sudah boleh meletakkan FAIZAL dalam kelompok PENYANYI PROFESSIONAL"
BINTANG POPULAR
"Kelebihan FAIZAL ialah dia mempunyai KEKUATAN sebagai PENYANYI YANG VERSATILE. Baik POP, ROCK mahupun sentuhan TRADISIONAL, FAIZAL berupaya MENGHAYATI AMANAH yang diberikan kepadanya dengan BERKESAN"
"Anda akan TERBUAI dengan KELUNAKAN VOKAL FAIZAL lewat lagu BLUES TERENGGANU KITA, SENANDUNG ANAK LAUT dan TERHARU"
"Lagu yang bakal MENGUSIK HATI adalah HUJAN, DEALOVA dan LIHATLAH"
Hanya berdasarkan komen-komen daripada wartawan, anda tidak perlu ragu-ragu lagi kerana memang FAIZAL ADALAH SEORANG PENYANYI YANG BERBAKAT. Bukan senang pihak wartawan nak memberikan komen-komen sebegitu. Jadi, apa lagi? Kalau anda belum memiliki album ini, CEPAT-CEPAT LAH BELI!!!
Sambil itu, nantikan juga ALBUM SOLO FAIZAL yang bakal berada dipasaran kemungkinan besar pada bulan DISEMBER atau JANUARI. INSYAALLAH. Album ini diterbitkan oleh SIFU M.NASIR.
SENYUM SOKMO LAH

No comments: