Sunday, December 31, 2006

ABPBH...HARAP ADALAH REZEKI FAIZAL


Walaupun mungkin agak terlambat tapi Airin tetap nak ucapkan "tahniah" pada Faizal kerana berjaya tersenarai dalam "top 5" bagi 2 kategori ABPBH iaitu bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular. Acara yang berprestij ini akan berlangsung pada 4 Feb 2007. Walaupun Airin tahu persaingan amatlah sengit, namun tersenarainya Faizal dalam top 5 menunjukkan bahawa Faizal pun tidak kurang "popular" biarpun ada sesetengah pihak mengatakan Faizal artis yang "suam-suam kuku". Senarai ini membuktikan yang Faizal sememangnya dikategorikan sebagai antara artis yang popular juga. Senarai ini juga menunjukkan bahawa ramai yang memberi perhatian pada artis yang bernama Faizal AF4 baik peminat, media mahupun orang ramai. Ini juga menunjukkan bahawa, Faizal memang mampu meraih populariti dengan caranya yang tersendiri.

Airin amat kagum bila baca komen Faizal mengenai tersenarainya dia dalam top 5. Sememangnya Faizal sudah "terer" dan "matang" menjawap setiap pertanyaan daripada pihak media. Harap Faizal kekal dengan cara itu namun harap Faizal jangan leka. Terus perbaiki kelemahan kerana Airin yakin akan keupayaan dan kebolehan Faizal.
Anda boleh klik artikel di bawah ini untuk membaca "komen Faizal"
Airin harap dengan tersenarainya Faizal, akan dapat mengukuhkan lagi kedudukan Faizal dalam bidang seni dan seterusnya dapat menyakinkan ramai orang lagi akan bakat yang ada pada Faizal. Harap-harap adalah rezeki Faizal untuk mememangi salah satu dari 2 kategori itu. Amin.
Senyum Sokmo lah

No comments: