Saturday, December 30, 2006

AF KEMBALI...FAIZAL TETAP DI HATI


Macam sekejap je. Tau-tau dah nak masuk AF5. Ujibakat pun sudah hangat diperkatakan. Satu persoalan, patutkah AF di adakan di saat-saat AF4 baru saja nak "bermesra" dengan bidang seni? Patutkah AF di adakan di saat-saat AF4 baru nak mencari "tapak" dalam bidang ini? Airin cuma berharap, sehebat mana bakal pelajar AF5 di promosikan semasa musim AF nanti, sehebat itu juga lepas mereka "graduate" nanti. Kadang-kadang kesian juga pada bekas-bekas pelajar AF yang tidak tentu hala tujuan. Yang betul-betul boleh di kira berjaya pun hanya segelintir sahaja.

Satu yang pasti, Airin harap Faizal akan tetap terus maju di dalam bidang seni dan tidak akan tergugat dengan kehadiran bintang-bintang AF yang baru nanti. Yang penting, Faizal kena terus berusaha memajukan diri, perbaiki segala kelemahan, jangan sombong, jangan lupa diri, hargai peminat dan kekalkan jati diri. Peminat suka dengan Faizal yang mereka tengok dan undi masa AF, jadi Airin harap Faizal kekal dengan personaliti yang begitu kerana disebabkan itu lah mereka minat Faizal. Kalau Faizal dapat kekal dengan identiti yang begitu, tidak mustahil Faizal akan tetap menjadi "juara" di dalam hati semua peminat Faizal dan tidak mustahil mereka akan tetap teguh menyokong Faizal. Juga tidak mustahil mereka akan tetap "senyum sokmo" bersama dengan Faizal.
Airin harap dengan pelancaran album pertama Faizal nanti akan dapat mengukuhkan lagi kedudukan Faizal sebagai seorang penyanyi dan penghibur seperti mana yang Faizal impikan.
Senyum Sokmo lah

No comments: