Sunday, December 31, 2006

ABPBH...HARAP ADALAH REZEKI FAIZAL


Walaupun mungkin agak terlambat tapi Airin tetap nak ucapkan "tahniah" pada Faizal kerana berjaya tersenarai dalam "top 5" bagi 2 kategori ABPBH iaitu bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular. Acara yang berprestij ini akan berlangsung pada 4 Feb 2007. Walaupun Airin tahu persaingan amatlah sengit, namun tersenarainya Faizal dalam top 5 menunjukkan bahawa Faizal pun tidak kurang "popular" biarpun ada sesetengah pihak mengatakan Faizal artis yang "suam-suam kuku". Senarai ini membuktikan yang Faizal sememangnya dikategorikan sebagai antara artis yang popular juga. Senarai ini juga menunjukkan bahawa ramai yang memberi perhatian pada artis yang bernama Faizal AF4 baik peminat, media mahupun orang ramai. Ini juga menunjukkan bahawa, Faizal memang mampu meraih populariti dengan caranya yang tersendiri.

Airin amat kagum bila baca komen Faizal mengenai tersenarainya dia dalam top 5. Sememangnya Faizal sudah "terer" dan "matang" menjawap setiap pertanyaan daripada pihak media. Harap Faizal kekal dengan cara itu namun harap Faizal jangan leka. Terus perbaiki kelemahan kerana Airin yakin akan keupayaan dan kebolehan Faizal.
Anda boleh klik artikel di bawah ini untuk membaca "komen Faizal"
Airin harap dengan tersenarainya Faizal, akan dapat mengukuhkan lagi kedudukan Faizal dalam bidang seni dan seterusnya dapat menyakinkan ramai orang lagi akan bakat yang ada pada Faizal. Harap-harap adalah rezeki Faizal untuk mememangi salah satu dari 2 kategori itu. Amin.
Senyum Sokmo lah

Saturday, December 30, 2006

AF KEMBALI...FAIZAL TETAP DI HATI


Macam sekejap je. Tau-tau dah nak masuk AF5. Ujibakat pun sudah hangat diperkatakan. Satu persoalan, patutkah AF di adakan di saat-saat AF4 baru saja nak "bermesra" dengan bidang seni? Patutkah AF di adakan di saat-saat AF4 baru nak mencari "tapak" dalam bidang ini? Airin cuma berharap, sehebat mana bakal pelajar AF5 di promosikan semasa musim AF nanti, sehebat itu juga lepas mereka "graduate" nanti. Kadang-kadang kesian juga pada bekas-bekas pelajar AF yang tidak tentu hala tujuan. Yang betul-betul boleh di kira berjaya pun hanya segelintir sahaja.

Satu yang pasti, Airin harap Faizal akan tetap terus maju di dalam bidang seni dan tidak akan tergugat dengan kehadiran bintang-bintang AF yang baru nanti. Yang penting, Faizal kena terus berusaha memajukan diri, perbaiki segala kelemahan, jangan sombong, jangan lupa diri, hargai peminat dan kekalkan jati diri. Peminat suka dengan Faizal yang mereka tengok dan undi masa AF, jadi Airin harap Faizal kekal dengan personaliti yang begitu kerana disebabkan itu lah mereka minat Faizal. Kalau Faizal dapat kekal dengan identiti yang begitu, tidak mustahil Faizal akan tetap menjadi "juara" di dalam hati semua peminat Faizal dan tidak mustahil mereka akan tetap teguh menyokong Faizal. Juga tidak mustahil mereka akan tetap "senyum sokmo" bersama dengan Faizal.
Airin harap dengan pelancaran album pertama Faizal nanti akan dapat mengukuhkan lagi kedudukan Faizal sebagai seorang penyanyi dan penghibur seperti mana yang Faizal impikan.
Senyum Sokmo lah

UCAPAN SELAMAT DARI AIRIN

Di sini, Airin ingin mengucapkan...
"SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA"...Semoga kita akan sentiasa di lindungi Allah dan apa jua yang kita lakukan akan diberkati. Amin!

Selain daripada itu, di kesempatan ini, Airin ingin juga nak ucapkan...
"SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2007"...Semoga apa yang di impikan akan tercapai. Kalau ada azam 2006 yang belum tercapai, tak salah kalau di tunaikan di tahun 2007.

Satu perkara yang tak boleh lupa...
SENYUM SOKMO LAH

Sunday, December 10, 2006

HARAP FAIZAL TIDAK CEPAT MELATAH


Akhirnya keluar jugak gosip mengenai Faizal yang kononnya Faizal sedang bercinta. Sebagai artis, Faizal memang tidak boleh elak daripada gosip-gosip macam ini. Sama ada gosip itu betul ataupun tidak, jawapannya hanya ada pada Faizal. Lagipun, itu hak Faizal. Faizal juga perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Yang penting, Faizal takkan lupa tanggungjawap dia sebagai artis dan janji dia pada peminat dia. Bukan senang nak jaga hati peminat. Walauapapun, Airin harap Faizal takkan cepat melatah apabila keluar gosip-gosip begini. Adakalanya "berdiam diri" lebih baik.

Cerita penuh, Sila klik di bawah.

http://faizalfc.net/club/index.php?option=com_joomlaboard&func=view&id=15751&catid=17#15751

Senyum Sokmo lah

FAIZAL MEETS "HIS" DEALOVA


"Macam Mimpi" kata Faizal. Sebelum ini, Airin ada jugak terbaca artikel mengenai rancangan untuk menemukan Faizal dan pelakon Dealova, Jessica. Tak sangka pulak rancangan itu menjadi kenyataan. Tentu sekali Faizal merasa teruja kerana dapat bertemu dengan Jessica. Jika sebelum ini, lagu Dealova kurang dikenali akan tetapi apabila disampaikan oleh Faizal dalam AF, tiba-tiba sahaja lagu itu menjadi begitu popular dan sekarang ini menjadi "killer song" bagi Faizal. Airin boleh katakan sekarang ini lagu itu di ibaratkan lagu Faizal.
Cerita Penuh, sila klik di bawah.
Senyum Sokmo lah

GOOD LUCK FAIZAL!!!


Sekarang ini Faizal sedang dalam proses untuk memdapatkan lesen memandu supaya dapat memandu kereta vios yang dimenanginya dalam AF. Airin ucapkan Semoga Berjaya.


Senyum Sokmo lah

FAIZAL KONTROVERSI???


Terkejut jugak bila Faizal tersenarai dalam Top 10 Lelaki Kontroversi 2006 dalam Majalah Maskulin (Dis 2006). Heran jugak. Dimanakah kontroversinya Faizal? Setahu airin dalam masa 4 bulan selepas Faizal keluar dari AF, tak ada pulak keluar isu-isu yang panas mengenai Faizal. Walauapapun, satu perkara yang pasti, tersenarainya Faizal menunjukkan yang Faizal memang dikenali dan sering menjadi perhatian. Jika sebelum ini, timbul isu kononnya Faizal ini Artis yang suam-suam kuku, senarai ini menyangkal sama sekali dakwaan itu. Sememangnya Faizal tetap menjadi perhatian walaupun kurang publisiti.
Di bawah ini dipamerkan senarai Top 10 Lelaki Kontroversi 2006.
  1. Tun Mahathir
  2. Pak Lah
  3. Datuk K
  4. KJ
  5. Ayah Pin
  6. Dr. Sheikh Muzapha
  7. Mawi
  8. Faizal (AF4)
  9. Amy (search)
  10. Yusri (KRU)
  11. Allahyarham Hani Mohsin

Senyum Sokmo lah